KESL ONLINE : Baru-baru ini Jabatan Keselamatan UUM telah mengadakan latihan tali tinggi, flying fox dan abseiling dengan kerjasama Komandan PLKN dan 13 orang jurulatihnya di menara latihan tali tinggi UUM.

Program tersebut diadakan pada 30 Ogos 2018 (Khamis) bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari melibatkan semua pegawai-pegawai kanan dan anggota Jabatan Keselamatan, UUM.

Yang Berusaha Pengarah Keselamatan, Mejar Mohamad Ezanee Yazid yang turut mengambil bahagian dalam program ini menyatakan semasa taklimat kepada anggota, aktiviti ini adalah bertujuan untuk membolehkan anggota membina ketahanan fizikal, kemantapan mental serta melengkapkan diri dengan sifat-sifat tabah, berani, sabar, berdisiplin, berdikari dan bertanggungjawab serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan sama ada dalam alam pekerjaan ataupun kehidupan seharian.

Program yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan semua pengawai dan anggota amat berpuas hati dan teruja dengan program yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 61.

Program ini tamat pada jam 12.00 tengah hari.

Habis.

 

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Print