• Home
  • Others News
  • KESL online
  • PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN ANTARA JABATAN KESELAMATAN FC, UUM DENGAN PERPATI FC (PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKTISAS) UUM DI PADANG B, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN ANTARA JABATAN KESELAMATAN FC, UUM DENGAN PERPATI FC (PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKTISAS) UUM DI PADANG B, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KESL ONLINE : Perlawanan persahabatan bolasepak antara Jabatan Keselamatan FC UUM dengan pasukan PERPATI FC (Persatuan Pegawai Tadbir dan Iktisas), UUM telah menyaksikan pasukan Jabatan Keselamatan semakin mantap dan bersemangat beraksi di padang sepanjang perlawanan pada 26 Julai 2018 baru-baru ini.

Pegarah Keselamatan, Yang Berusaha Mejar Mohamad Ezanee Yazid, semasa mengalu-alukan, pasukan PERPATI di Padang B, UUM mengatakan, perlawanan ini menyuntik semangat kesukanan daripada kedua-dua belah pihak, meningkatkan semangat kerjasama antara pasukan disamping mencergaskan minda dan kesihatan seharian. Beliau juga turut serta dan beraksi dalam perlawanan tersebut dimana keputusan berakhir dengan keputusan pasukan Jabatan Keselamatan FC menang 4-3.

Jaringan separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan seri 3-3, walau bagaimanapun dengan permainan yang kemas dan cantik pasukan Keselamatan FC telah berjaya mendahului dengan kedudukan 4-3 dalam separuh masa kedua.

Penyertaan dan sokongan daripada kedua-dua belah pasukan amat memberangsangkan menyaksikan 2 gol jaringan daripada PK Muhammad Saifullah bin Abdullah, satu gol jaringan daripada PK Norfaizul bin Ishak dan satu lagi gol daripada PK Mohamad Yusri bin Mustafa daripada Pasukan Jabatan Keselamatan FC.

"Permainan yang buat pertama kalinya diadakan pada sebelah pagi mula menampakkan hasil dari keputusan perlawanan, kedua-dua belah pihak begitu bersemangat dan teruja setiap kali jaringan gol bersilih ganti dan berharap akan diteruskan lagi dengan perlawanan yang sebegitu dalam perlawanan yang akan diatur seterusnya" ucap Yang Berusaha Pengarah Keselamatan yang meraikan pasukan lawan selepas tamat permainan.

Kedua-dua pasukan telah diraikan dengan jamuan makan selepas perlawanan persahabatan tersebut ditamatkan pada  jam 10.30 pagi.

Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut adalah pegawai-pegawai kanan dan anggota Keselamatan dari kedua-kedua pasukan.

Habis.

 

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Print