• Home
  • INFO KORPORAT
  • VISI & MISI
  • KESL online
  • “3 IN 1 PROGRAMME” : GOTONG ROYONG MENGECAT BANGUNAN, MENGACAU BUBUR ASYURA DAN PEMAKAIAN PANGKAT PB L/KOPERAL NORIZAN BIN HALIM, JABATAN KESELAMATAN

“3 IN 1 PROGRAMME” : GOTONG ROYONG MENGECAT BANGUNAN, MENGACAU BUBUR ASYURA DAN PEMAKAIAN PANGKAT PB L/KOPERAL NORIZAN BIN HALIM, JABATAN KESELAMATAN

KESL ONLINE : Pada 27 September 2018 (Khamis) baru-baru ini Jabatan Keselamatan UUM telah mengadakan program tiga program sekaligus iaitu gotong-royong mengecat bangunan di laluan paras tanah Jabatan Keselamatan, gotong-royong mengacau bubur asyura di perkarangan parkir Jabatan dan majlis pemakaian pangkat Konstabel ke L/Koperal  (PB) Norizan bin Halim di Bilik Mesyuarat Jabatan.

Program tersebut dimulakan dengan pemakaian pangkat oleh Lt. Kol. (B) Tn. Hj. Musa Bari, Pegawai Keselamatan Kanan yang mewakili Pengarah Keselamatan kepada PB L/Koperal Norizan bin Halim dari Unit Taman Siswa, UUM yang telah tamat latihan PB dan dipakaikan pangkat L/Koperal.

Seterusnya program mengecat dinding bangunan laluan paras satu yang diketuai oleh Lt. Kol. (B) Tn. Hj. Musa Bari dibantu oleh Penyelia Unit Charlie,  PK Zulkarnain Hashim, Puan Nur Azimah Abdul Rahman, Pegawai Keselamatan dari Unit Pentadbiran dan Kewangan serta lain-lain anggota.  Serentak itu juga program mengacau bubur asyura dijalankan dengan diketuai oleh PK Nadia Idrus dari Unit Bravo serta kerjasama Kelab Kebajikan Jabatan Keselamatan (KEJAKES) dan sekaligus mempraktikkan amalan 5S dan ISO serta gotong-royong yang berterusan di kalangan anggota Jabatan.

Yang Berusaha Pengarah Keselamatan, Mejar Mohamad Ezanee Yazid yang turut hadir di dalam program tersebut menyatakan “program-program yang dijalankan ini dapat mengeratkan semangat kekeluargaan antara unit-unit di Jabatan serta membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap keadaan sekeliling tempat kerja.  Program yang dirancang hendaklah diatur dan diteruskan setiap hujung minggu secara berterusan bagi meningkatkan tahap motivasi serta kerjasama semua staf Jabatan”, ujarnya.

Kesemua program ini tamat dengan pengagihan bubur asyura kepada semua staf/anggota dan ahli kelab kebajikan KEJAKES dan bersurai pada jam 2.00 petang.

Habis.

 

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Print Email