PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN ANTARA JABATAN KESELAMATAN DENGAN UITM FC ARAU, DI PADANG UITM ARAU,PERLIS

KESL ONLINE : Perlawanan persahabatan bolasepak antara Jabatan Keselamatan FC dengan UITM Arau FC di Padang Kampus UITM Arau, Perlis pada 7 Ogos 2018 (Selasa) merupakan perlawanan persahabatan yang pertama diadakan di luar kawasan kampus UUM untuk tahun 2018. Matlamat adalah untuk mengeratkan hubungan warga kampus UUM dengan dengan pasukan luar kampus mula di realisasikan.

“Striker handalan Jabatan seperti PK Norfaizul bin Ishak dan PK Mohamad Yusri bin Mustafa tidak pernah melepaskan peluang untuk menjaringkan gol untuk pasukan Keselamatan FC, walaupun pasukan lawan turut memberi saingan yang sengit sehingga mendapat keputusan seri 3-3 pada separuh masa kedua” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

“Ribuan terima kasih kepada penyokong setia Jabatan yang turut serta memberi sokongan moral kepada pemain-pemain pasukan Keselamatan FC walaupun ada yang baru saja tamat tugas syif. Perlawanan persahabatan ini akan sentiasa diadakan dari masa ke semasa dengan mengadakan perlawanan di luar kampus UUM” ujar Yang Berusaha Tuan Pengarah Jabatan Keselamatan.

Dalam perlawanan yang berlangsung selama 90 minit itu menyaksikan Pengarah Keselamatan dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan turut bermain dan memberi tentangan yang hebat, walau bagaimanapun berkesudahan dengan keputusan seri 3-3 di padang pasukan tuan rumah.

Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut adalah pegawai-pegawai dan anggota Keselamatan dari kedua-kedua pasukan.

Habis.

 

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Print