All News

KAYUHAN SANTAI MERDEKA JABATAN KESELAMATAN

KAYUHAN SANTAI

Tanggal 17 Ogos 2023, Jabatan Keselamatan telah menganjurkan program Kayuhan Santai Merdeka di sekitar kampus.
 
Program ini disertai oleh Pengarah Keselamatan, pegawai-pegawai kanan dan staf pentadbiran Jabatan Keselamatan.
 
Aktiviti ini bukan sahaja dapat menyihatkan badan tetapi pada masa yang sama memberi penghayatan mengenai proses mendapatkan kemerdekaan negara yang mencabar dan penuh liku sebelum negara kita Malaysia secara rasmi merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.
 
Kayuhan bermula dari Pusat Ko-K sehingga ke Bukit Kachi dan kayuhan ditamatkan juga di Pusat Ko-K.