All News

PERSIAPAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-35 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2023 DAN PESTA KONVOKESYEN

PERSIAPAN MAJLIS KONVO 35
20 Julai 2023 : Hujan atau panas, persiapan untuk Majlis Konvokesyen Ke-35 Universiti Utara Malaysia 2023 dan Pesta Konvokesyen tetap berjalan seperti biasa.
Jabatan Keselamatan menyediakan penunjuk arah bagi memberi kemudahan kepada para graduan dan tetamu yang hadir ke Dewan Mu'adzam Shah serta ke tapak Pesta Konvokesyen.
 
Graduan-graduan dan tetamu yang hadir dinasihatkan supaya peka dengan keadaan semasa serta mematuhi arahan yang diberikan oleh Petugas Keselamatan semasa majlis berlangsung bagi mengelakkan kesesakan dan sebarang kejadian yang tidak diingini.
 
Tahniah diucapkan kepada semua graduan.