All News

Trash Hero Go Green Jabatan Keselamatan Suntik Kesedaran Jaga Alam Sekitar

Trash Hero Go Green Jabatan Keselamatan Suntik Kesedaran Jaga Alam Sekitar

UUM ONLINE: Sudah menjadi tanggungjawab bersama apabila menyentuh tentang isu kebersihan alam sekitar sama ada di dalam kampus mahupun di luar kampus.

Atas rasa kesedaran betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan pemandangan di sekitar Sintok, 'Trash Hero Go Green' Jabatan Keselamatan UUM telah mengadakan program khidmat masyarakat dengan mengutip sisa sampah sarap di sepanjang jalan, baru-baru ini.

Program yang diketuai Pengarah, Lt. Kol. Musa Bari bersama 36 staf Jabatan Keselamatan itu memulakan misi seawal jam 9 pagi bermula di parkir pejabat Jabatan Keselamatan hingga ke Taman Universiti dan kembali semula ke dalam kampus.

Lt. Kol. Musa berkata, program itu bukan sekadar untuk berjalan-jalan atau bersantai menjalani latihan jasmani tetapi bagi memenuhi tanggungjawab membersihkan sampah sarap di sepanjang jalan raya ke kampus UUM.

"Saya mahu pemandangan di sini indah, bersih dan cantik..sedap mata memandang, bukan sahaja untuk warga universiti malah pengunjung luar yang datang ke universiti ini.

"Di samping kita menjaga alam sekitar, staf Jabatan Keselamatan dapat menjadi seorang yang bertanggungjawab dan peka terhadap kebersihan kampus," katanya.

Beliau berkata, program tersebut akan diteruskan secara berkala dari semasa ke semasa, di samping memenuhi perancangan strategik jabatan dan universiti amnya.

Di sepanjang jalan itu, pelbagai jenis bahan buangan telah dikumpul seperti tayar, besen, botol kosong dan bekas bungkusan makanan yang dibuang pengguna jalan raya tidak bertanggungjawab.

 

KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.