All News

Ujian Kecergasan Asas 1.0 Dan Majlis Bacaan Yasin (9 Januari 2020), Padang Kawad Palapes, Universiti Utara Malaysia

Ujian Kecergasan Asas 1.0 Dan Majlis Bacaan Yasin (9 Januari 2020), Padang Kawad Palapes, Universiti Utara Malaysia

KESELAMATAN ONLINE : Jabatan Keselamatan telah mengadakan program Ujian Kecergasan Asas untuk anggota operasi, Jabatan Keselamatan bagi Siri 1/20 bagi tahun 2020. Program yang diadakan 2 kali setahun telah diadakan pada 9 Januari 2020 bertempat di Padang Kawad PALAPES.  Seramai 40 orang telah menjalani Ujian ini dengan jayanya.

Sebelum memulakan program UKA,  Majlis bacaan yasin telah diadakan untuk Penyelia Unit Charlie,  En. Zulkunain Hashim, Pembantu Keselamatan KP19 yang sedang menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Bacaan yasin di ketuai oleh Yang Berusaha Pengarah, Lt. Kol (B) Hj. Musa Bari.

Seterusnya setelah selesai bacaan yasin, ujian dimulakan dengan pengambilan berat badan, ukuran tinggi, BMI, Sit Up, Push Up dan Larian 2.4 km. Program yang telah dimulakan pada Disember tahun 2017 diteruskan setiap tahun sebagai memenuhi Pelan Strategik 5 Universiti iaitu menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dengan mengambilkira ukuran bilangan aktiviti yang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran berkaitan keselamatan dan kesihatan staf.

Program pada kali ini disertai oleh anggota Unit Charlie, Unit Delta, Unit Pentadbiran dan lain-lain unit. Bagi Siri 2/0 akan diteruskan ujian pada 29 Januari 2020  yang akan di hadiri oleh Unit Alfa, Unit Bravo dan lain Unit yang berkenaan.

Pengarah Keselamatan, Yang Berusaha Lt. Kol. Hj. (B) Hj. Musa bin Hj. Bari yang turut mengetuai program ini berharap tahap kesihatan anggota akan sentiasa dalam keadaan yang baik untuk melaksanakan tugas-tugas seharian dengan lebih mantap dan berkesan.

Beliau turut menegaskan program ini amat penting bagi anggota Jabatan ini memandang mereka bertugas 24 jam mengikut 3 shift yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan yang tidak sihat sekiranya tidak diberi perhatian.  Tahap kesihatan yang rendah boleh mempengaruhi tahap produktiviti dan meningkatkan kos perubatan universiti amnya.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai dan anggota diatas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program tersebut.

Program ini turut dihadiri oleh semua pegawai-pegawai kanan dan staf pentadbiran 

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.