All News

Program Merentas Desa Anjuran Cawangan Pentadbiran Jabatan Keselamatan

Program Merentas Desa Anjuran Cawangan Pentadbiran Jabatan Keselamatan

KESELAMATAN ONLINE : Baru-baru ini Jabatan Keselamatan UUM telah mengadakan program merentas desa bermula di Pusat Sukan dengan laluan berhalangan melalui hutan berhampiran PLKN.

Program tersebut di adakan pada 17 Disember 2019 (Selasa) bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari melibatkan semua staf, pegawai-pegawai kanan dan anggota Jabatan Keselamatan daripada pelbagai unit.

Yang Berusaha Pengarah Keselamatan, Lt . Kol. (B) Hj. Musa Bari yang turut mengambil bahagian dalam program ini menyatakan, aktiviti ini adalah bertujuan untuk membolehkan anggota membina ketahanan fizikal, kemantapan mental serta melengkapkan diri dengan sifat-sifat tabah, berani, sabar, berdisiplin, berdikari dan bertanggungjawab serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan samada dalam alam pekerjaan atau penghidupan.

Sesi program dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan di depan Pusat Sukan selama 10 minit sebelum acara merentas desa dimulakan.

Program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan rata-rata anggota yang menyertai program ini amat berpuashati dan teruja dengan program yang anjurkan.

Unit Alfa telah mendahului peserta unit lain ditempat pertama, diikuti oleh Cawangan Khas tempat kedua, sementara Cawangan Pentadbiran mendapat tempat ketiga.

Program ini bersurai pada jam 12.00 tengahari selepas sesi bergambar beramai-ramai  dan makan tengahari di perkarangan kompleks sukan Universiti Utara Malaysia.

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.