All News

Majlis Perpisahan Puan Norhamizah Hashim Dan Penyerahan Tugas Bagi Pertukaran Pembantu Tadbir , Jabatan Keselamatan

Majlis Perpisahan Puan Norhamizah Hashim Dan Penyerahan Tugas Bagi Pertukaran Pembantu Tadbir , Jabatan Keselamatan

KESELAMATAN ONLINE : Baru-baru ini pada 9 Januari 2020 (Khamis) Jabatan Keselamatan telah mengadakan majlis perpisahan untuk Puan Norhamizah Hashim, Pembantu Tadbir N19 yang akan bertukar ke CUIC  berkuatkuasa pada 12 Januari 2020. Bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan.  Beliau telah berkhimat di Jabatan Keselamatan selama 14 tahun mulai tahun 2006 sehingga tahun 2020. Tempat beliau telah digantikan oleh Puan Wan Teh Megat Ali, Pembantu Tadbir N22 dari CUIC.

Dalam perjumpaan tersebut Yang Berusaha Pengarah Keselamatan, Lt. Kol. (B) Hj. Musa Bari mengucapkan ribuan terima kasih diatas jasa bakti Puan Norhamizah pada Jabatan Keselamatan dan mengalu-alukan kedatangan Puan Wan Teh ke Jabatan Keselamatan.  Beliau berharap kedua-dua pegawai berkenaan akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menjalankan tugas seharian di Jabatan baru masing-masing.

Seterusnya Yang Berusaha Pengarah menyampaikan cendehati  berupa jambangan bunga chokelat dan sebuah frame gambar kenangan kepada Puan Norhamizah.

Majlis ditamatkan dengan ucapan perpisahan oleh Puan Norhamizah sebelum menikmati jamuan minum petang yang disediakan. Pelbagai makanan dihidangkan seperti Mee Kari, Cucur Udang, Puding Kek, Kuih-muih, Buah-buahan dan minuman.

Sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenangan di adakan sebaik sahaja majlis tamat dengan kehadiran semua pegawai kanan dan staf pentadbiran.

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.