All News

Kursus Pengenalan Organisasi Dan Orentasi Staf Baru, Jabatan Keselamatan

Kursus Pengenalan Organisasi Dan Orentasi Staf Baru, Jabatan Keselamatan

KESELAMATAN ONLINE : Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia telah mengadakan  Kursus Pengenalan Organisasi dan Orentasi pada 2 Januari 2020 di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan dan latihan praktikal di Cawangan Trafik, Cawangan Tugas Khas, Bilik Pusat Kawalan dan Cawangan Pentadbiran.  Kursus melibatkan seramai 10 orang anggota baru yang melapor diri di Jabatan pada tahun 2019 yang lalu terdiri daripada Pengawal Keselamatan KP11 dan Pembantu Keselamatan KP19.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengenalan dan pendedahan berkaitan organisasi dan pengoperasian Jabatan Keselamatan di dalam kampus Universiti Utara Malaysia. Para peserta diberi penerangan mengenai carta organisasi, fungsi setiap cawangan dan diperkenalkan dengan pegawai-pegawai kanan yang mengetuai cawangan masing-masing.

Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal bagi memberi lebih kefahaman kepada semua peserta kursus. Secara keseluruhan, kursus ini dapat membantu anggota mengenali jabatan dan memahami tugas yang patut dijalankan mengikut senarai tugas yang diberikan.

Kursus dikendalikan oleh Yang Berusaha Pengarah Keselamatan, Lt. Kol. (B) Hj. Musa Bari bagi sesi Ice Breaking pada awal pagi dan seterusnya taklimat operasi oleh  Ketua Cawangan Trafik/CCTV, ASP PB Mohd Hanief Omar Zulkifli, dan Ketua Cawangan Pentadbiran, Puan Nur Azimah Abdul Rahman sebelum pada sebelah petang peserta dibawa melawat ke semua Cawangan di Jabatan Keselamatan dan diberi penerangan oleh Mejar Dr. Azmi Mat, Penolong Pegawai Keselamatan dari Cawangan Operasi.

Kursus tamat selepas sesi bergambar beramai dengan Yang berusaha Tuan Pengarah dan pegawai kanan jabatan pada jam 3.30 petang.

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.