All News

Kuliah Agama (Bimbingan Mukmin) Bersama Pengarah Jabatan Keselamatan Dan Ustaz Mokhtar Dari Pusat Islam , Universiti Utara Malaysia

Kuliah Agama (Bimbingan Mukmin) Bersama Pengarah Jabatan Keselamatan Dan Ustaz Mokhtar Dari Pusat Islam , Universiti Utara Malaysia

KESELAMATAN ONLINE :   Jabatan Keselamatan memulakan  kuliah agama bagi tahun 2020 untuk semua unit operasi Alfa, Bravo, Charlie dan Delta.  Kuliah ini diadakan seperti kebiasaan tahun yang lepas untuk memantapkan kerohaniaan setiap anggota. Bagi bulan Januari kuliah Agama di mula oleh unit Charlie pada 14/1/2020 bertempat di Masjid Sultan Badlishah, Pusat Islam.  Bimbingan di kendalikan oleh Ustaz Mokhtar, Pegawai Hal Ehwal Islam.

Kuliah agama akan diadakan oleh Pusat Islam setiap bulan pada hari Selasa minggu kedua dan keempat,  sementara Yang Berusaha Lt. Kol. (B) Hj. Musa Bari akan dua slot kulian bagi dua unit yang tidak dikendalikan oleh Pusat Islam.

Pada 15/1/2020  Yang Berusaha Lt. Kol. (B) Hj. Musa Bari menyampaikan kuliah agama Bimbingan Mukmin kepada anggota unit Bravo dengan memulakan Bab 1 bertajuk Ilmu Pengetahuan. Bab ini menerangkan keutamaan dan kelebihan ilmu, keutamaan belajar serta mempelajari ilmu agama, keutamaan mengajar dan kenyataan bahawa ilmu itu fardu ain. Kuliah agama ini akan diteruskan secara bergilir dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Utara Malaysia yang menyumbangkan markah PBU ilmu bagi melengkapkan markah Penilaian Prestasi setiap anggota dan staf Jabatan.

Sambutan daripada anggota yang terlibat adalah amat menggalakkan. Para pegawai dan anggota dari lain-lain unit termasuk staf pentadbiran juga turut mengikuti kuliah agama ini.

Yang Berusaha Pengarah, Lt Kol. (B) Hj. Musa Bari  menyeru kepada semua anggota agar tidak melepaskan peluang yang di kendalikan oleh Pentadbiran Jabatan untuk hadir ke kuliah ini. Kuliah yang mengambil masa sejam tersebut amat bermanafaat sebagai santapan rohani kepada anggota.

Sebaik majlis berakhir anggota yang bertugas pada hari tersebut akan diberi taklimat penugasan sebelum memulakan tugas seperti biasa.

KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.