All News

Aktiviti Penguatkuasaan Kawalan Keselamatan, Pemeriksaan Kenderaan Keluar Masuk, Pemeriksaan Pemandu Kenderaan Dan Rondaan Kampus Anggota Jabatan Keselamatan

Aktiviti Penguatkuasaan Kawalan Keselamatan, Pemeriksaan Kenderaan Keluar Masuk, Pemeriksaan Pemandu Kenderaan Dan Rondaan Kampus Anggota Jabatan Keselamatan

KESELAMATAN ONLINE :   Sebagai pemulaan di awal tahun baru 2020 Jabatan Keselamatan memulakan  aktiviti seperti yang telah diputuskan dalam Bengkel Hala Tuju dan Perancangan Aktiviti Tahun 2020  di Hotel EDC Hotel & Resort pada 10 Disember 2019.

Antaranya adalah mempertingkatkan pemeriksaan kenderaan keluar masuk kedalam kampus, membuat pemeriksaan pemandu kenderaan di Pos Utama dan Pos Bukit Kachi, membuat penguatkuasaan saman dan clamp kenderaan dalam kampus, rondaan kampus serta latihan kawad.

Pada 1 Januari 2020 Cawangan Trafik memulakan penguatkuasaan saman dan clamp di parkir sekitar Bangunan Perpustakaan. Beberapa kereta dan motor telah dikenakan saman mengikut Akta Lalulintas Jalanraya UUM. Penguatkuasaan ini sentiasa diteruskan dari masa kemasa.

Pada 9, 10 & 12 Januari 2020 Unit Alfa dan Unit Charlie memulakan pemeriksaan kenderaan keluar masuk di Pos Utama  dan Pos Bukit Kachi disamping menjalankan pemantauan di bangunan yang terdapat di dalam kampus bagi memastikan keselamatan bangunan dalam keadaan selamat. Saman pelajar bagi kesalahan tidak mempamerkan pelekat kenderaan telah dikeluarkan sepanjang operasi tersebut.

Adalah diharap permulaan yang baik ini akan diteruskan secara berkala setiap masa oleh semua anggota operasi Jabatan Keselamatan demi untuk memelihara keamanan ketenteraman kampus, memelihara keselamatan nyawa harta benda, mencegah kejadian jenayah dan penguatkuasaan sistem undang-undang yang dikeluarkan oleh universiti.

                                                                                                                                                             

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.