All News

Taklimat Uum Easy Parking Oleh Pelajar Institute For Advanced And Smart Digital Opportunities

Taklimat Uum Easy Parking Oleh Pelajar Institute For Advanced And Smart Digital Opportunities

KESELAMATAN ONLINE :   Jabatan Keselamatan dengan kerjasama Institute For Advanced And Smart Digital Opportunities, Universiti Utara Malaysia telah mengadakan taklimat mengenai Easy Parking yang dihadiri oleh ASP/PB Mohd Haneif Omar Zulkifli dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Keselamatan.  Taklimat ini telah diadakan pada 20/11/2019 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan.  Taklimat diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azizah Hj. Ahmad, Pengarah Institute For Advanced and Smart Digital sebagai pemudahcara kepada 2 orang pelajar En. Mat Khairul Hanif bin Abu seman dan Cik Nur Nadzifa bt Nidzam.

Dalam taklimat tersebut peserta berkongsi pengetahuan mengenai cadangan untuk mengujudkan smart easy parking di dalam kampus UUM yang melibatkan parking untuk kakitangan Universiti Utara Malaysia.  Sebagai permulaan taklimat telah disampai oleh Encik Mat Khairul Hanif bin Abu Seman secara ringkas penggunaan sistem aplikasi easy parking dan mendapatkan maklumat dan maklumbalas dari Jabatan Keselamatan.   

Pegawai Keselamatan yang merupakan Ketua Cawangan Trafik, ASP/PB Mohd Haneif Omar Zulkifli turut menyokong taklimat yang diberikan dan sedia memberi kerjasama dari masa kesemasa bagi menjayakan projek tersebut.

Pengarah IASD, Prof. Madya Dr. Azizah Hj. Ahmad berkata “ beberapa bengkel perlu diadakan bagi mendapat maklumat tentang lain-lain keperluan dan penambahbaikan dan berharap akan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak Jabatan”.  Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Keselamatan  diatas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program tersebut.

Program ini berakhir pada jam 11.30 pagi dengan pertukaran cenderahati dan sesi bergambar di akhir taklimat.

                                                                                                                                                             

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.