All News

Lawatan Sirim QAS: Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 Ke Jabatan Keselamatan

Lawatan Sirim QAS: Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 Ke Jabatan Keselamatan

KESELAMATAN ONLINE :   Pada 18 November 2019 Jabatan Keselamatan telah menerima kedatangan juruaudit dari SIRIM QAS yang diketuai oleh Lt. Kol. Abd. Lataf Daud dengan diiringi oleh 2 orang Juruaudit dalaman Universiti iaitu Prof. Madya Dr. Che Azlan Taib (SMTL) dan Encik Razak Siamin (Perpustakaan) untuk mengaudit aktiviti operasi Jabatan ini.

Audit pemantauan berlangsung di bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan adalah untuk menentukan pemantauan berterusan sistem Pengurusan Kualiti pelanggan kepada standard ISO 9001:2015.  Pensijilan ISO 9001:2015 yang diterima UUM adalah sehingga tempoh 2019 dan audit pensijilan semula ini dilakukan sebelum pensijilan menghampiri tamat tempoh bagi UUM.

Umumnya proses audit yang dijalankan ke atas Jabatan Keselamatan merangkumi konteks organisasi, kepimpinan, perancangan, sokongan, penilaian prestasi dan peningkatan perkhidmatan.  Ini termasuklah aktiviti operasi yang berkaitan dengan aktiviti pemantauan keselamatan.  Sesi taklimat oleh Jabatan dan QA dengan juruaudit berlansung selama 3 jam dan berakhir dengan lawatan ke lokasi yang dipilih untuk melihat proses dan pengendalian kerja.

Turut hadir pada sesi audit adalah Pengarah Jabatan Keselamatan Lt. Kol. (B) Hj. Musa Bari dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan.  Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan auditer yang memilih Jabatan ini dan menerima cadangan serta teguran yang diberikan sebagai penambahbaikan untuk meningkatan keberkesanan perkhidmatan yang diberikan kepada universiti.

Pengauditan berakhir pada jam 4.30 petang dengan jamuan minum petang sebelum sesi bergambar beramai-ramai bersama auditer.

                                                                                                                                                             

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.