All News

Tugas Khas Kawalan Keselamatan Pesta Konvo Dan Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia Ke 32 (16 Oktober Hingga 23 Oktober 2019) Oleh Jabatan Keselamatan

Tugas Khas Kawalan Keselamatan Pesta Konvo Dan Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia Ke 32 (16 Oktober Hingga 23 Oktober 2019) Oleh Jabatan Keselamatan

KESELAMATAN ONLINE :   Baru-baru ini seramai 5,779 graduan menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen Ke-32 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlangsung selama lima hari, bermula 19 Oktober hingga 23 Oktober 2019 di kampus induk universiti di Sintok, Kedah dengan statistik graduan seperti berikut :

Tarikh/Hari

Sesi

Pengerusi

Jumlah Graduan

19/10/2019 (Sabtu)

1

KDYMM Tuanku Canselor

86

20/10/2019 (Ahad)

2

DYMM Pro Canselor 1

600

3

YBhg Naib Canselor

513

21/10/2019

(Isnin)

4

YTM Pro Cancelor 2

720

5

YTM Pro Cancelor 2

722

22/10/2019

(Selasa)

6

YBhg Pro Canselor 3

741

7

YBhg Naib Canselor

744

23/10/2019

(Rabu)

8

YBhg Pro Canselor 3

755

9

YBhg Naib Canselor

898

JUMLAH GRADUAN

5,779

Bagi memeriahkan lagi sambutan Majlis Konvokesyen Ke-32 ini, Pesta Konvokesyen dengan tema ‘Love UUM’ pula diadakan dari 16 hingga 23 Oktober mulai jam 9 pagi hingga 11.30 malam di Tapak Ekspo, Padang Kawad PALAPES dan sekitar UUM. 

Sebanyak 264 lot jualan disediakan termasuk lot jualan pelajar sebanyak 28 lot memenuhi tapak Pesta Konvokesyen. Selain itu pelbagai aktiviti berbentuk akademik, keusahawanan, kebudayaan dan kesenian, sukan serta rekreasi turut di adakan.

Sepanjang pesta konvo dan majlis konvokesyen berlansung seramai 100 orang pegawai dan anggota Jabatan Keselamatan serta 50 anggota SUKSIS ditugaskan, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aliran trafik dan keselamatan di dalam kampus. Semua anggota ditugaskan membuat pemantauan disetiap lokasi yang telah ditetapkan, membuat rondaan, kawalan orang awam dan persekitaran tapak untuk menentukan keadaan keselamatan terkawal sepanjang majlis berlansung.

Antara tugas-tugas yang dijalankan oleh pegawai dan anggota adalah kawalan VVIP di Dewan MAS, kawalan disimpang-simpang, kawalan khemah VVIP, kawalan parkir staf, kawalan pentas artis dan kawalan simpang Tapak Pesta. Tidak ketinggalan unit CCTV juga membuat pemantauan keselamatan keseluruh kawasan yang diliputi oleh CCTV yang berfungsi di dalam kampus.

Pengarah Keselamatan Lt. Kol. (B) Hj. Musa Bari yang bertanggungjawab sepanjang tempoh pesta dan majlis konvokesyen mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai dan anggota termasuk anggota SUKSIS yang bertungkus lumus menjayakan konvokesyen ke 32 dengan jayanya.

                                                                                                                                                             

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.