All News

Lawatan Penandarasan 5s Jabatan Pembangunan Dan Penyelanggaraan Ke Jabatan Keselamatan, Universiti Utara Malaysia

Lawatan Penandarasan 5s Jabatan Pembangunan Dan Penyelanggaraan Ke Jabatan Keselamatan, Universiti Utara Malaysia

KESELAMATAN ONLINE :  Pada 4 Julai 2019 (Khamis) Pegawai-pegawai dari Jabatan Pembangunan dan Penyelanggaraan, Universiti Utara Malaysia diketuai oleh Arkitek, Puan Nur Syuhadathul Amin binti Abdul Aziz, telah mengadakan lawatan ke Jabatan Keselamatan. Lawatan kerja ini adalah rangka lawatan JPP bertujuan untuk berbincang, bertukar fikiran dan mendapatkan maklumat bagi penambahbaikan dalam membudayakan amalan 5S di Jabatan.

Rombongan dari JPP ini  melibatkan seramai 5 orang yang terdiri daripada pegawai dan staf JPP dan disambut oleh Pegawai Keselamatan, Puan Nur Azimah Abdul Rahman dan Pegawai Kanan Jabatan Keselamatan.  Rombongan dibawa melawat pejabat pentadbiran, Pusat Kawalan, Pos Kawalan, Kawasan Persekitaran bangunan Jabatan dan diberi penerangan tentang latarbelakang Jabatan, landscap dan kemudahan-kemudahan yang disediakan terutamanya seperti ruang solat, tandas, ruang menunggu serta lan-lain di dalam bangunan Jabatan.

Seterusnya rombongan di bawa ke bilik mesyuarat Jabatan Keselamatan untuk sesi soal jawab sebelum di beri taklimat oleh Pegawai Keselamatan Puan Nur Azimah Abdul Rahman tentang kemenangan Jabatan memenangi tempat ke Tiga 5S untuk tahun 2018 yang menyentuh pelbagai aspek operasi, latihan dan pentadbiran.  Perbincangan dua hala berlansung selama 1 jam.

Pengarah Keselamatan , Yang Berusaha Lt. Kol. (B) Musa Haji Bari yang turut serta disesi akhir lawatan mengucapkan ribuan terima kasih di atas lawatan tersebut sebelum ditamatkan dengan jamuan makan.

Tamat.

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.